Pertemuan Kedua Penghantar Komunikasi Media
Pada pertemuan kedua kelas penghantar komunikasi media yang dibimbing oleh Puan Latifah kami telah di beri amanat untuk menghasilkan satu slide ilmu yang bertajuk Era Perkembangan Teknologi Maklumat Di Malaysia.
Sebagai pendahuluan era perkembangan teknologi maklumat di Malaysia telah banyak mempengaruhi perubahan sektor-sektor penting di dalam negara seperti bidang pendidikan, kesihatan, perniagaan dan R&D. Oleh itu, dalam tajuk ini akan diterangkan serba sedikit mengenai perkembangan teknologi maklumat dalam sektor-sektor terbabit.
Di dalam pertemuan kedua ini terdapat empat kumpulan yang telah terlibat dalam penghasilan buah fikiran masing-masing. Terdapat pelbagai ilmu baru dan juga idea yang tidak dapat difikirkan oleh kumpulan kami terdapat pada kumpulan lain. Dalam sesi ini pelajar masing-masing dapat berkongsi ilmu dan buah fikiran serta mengenal antara satu sama lain.

No comments:
Post a Comment