Sunday, 21 June 2015



Untuk tatapan rakan-rakan pembaca saya telah upload satu video with lyric by Ed Shereen iaitu lagu Thinking loud. lagu untuk video ini juga telah saya jadikan lagu tema bagi blog ini dan kepada rakan-rakan peminat anime movie pula akan saya upload movie anime di lain hari.

Dalam minggu ini juga akan saya cube untuk update sesi komunikasi di dalam blog dan harap kite same-same dapat input yang baik dalam post saya yang akan datang mengenai teknologi komunikasi di dalam sebuah filem berkaitan dengan new media.
terima kasih for read & wacthing.......

Wednesday, 3 June 2015


Kesan Kepada Perniagaan

Rakaman video di atas merupakan salah satu kesan kemajuan teknologi dan juga penerangan bagaimana ia diguna pakai di dalam perniagaan.

kemajuaan teknologi membawa impak yang positif kepada bidang perniagaan dan ianya sangat penting kepada semua peringkat perniagaan terutamanya industri berat. kemajuaan teknologi dapat membantu sesebuah perniagaan dari segi peningkatan mutu kerja supaya menjadi lebih efisen dan produktivi ianya kerana dengan peningkatan mutu ini hasil pengeluaran stok menjadi lebih banyak, konsiten dan mempunyai kualiti yang mengikut piawaianya.

Selain itu, teknologi juga dapat memberikan penambahbaikan kepada produk yang dihasilkan sebagai contohnya industri penghasilan kereta yang menggunakan teknologi yang tinggi di mana penghasilanya memerlukan pengawasan komputer dan perincian yang begitu jitu dan tepat. Disebabkan itulah penghasilan kereta yang berkualiti dapat menarik pengguna untuk membeli walaupun dengan harga yang tinggi.

Bagi industri kecil dan sederhana mereka perlulah bijak dalam menetukan harga dan pelaburan mereka kerana teknologi yang digunakan merupakan teknologi fizikal semasa dan memerlukan kos yang tinggi bagi menaik taraf atau membeli kemudah teknologi yang lebih maju. 

Tuesday, 2 June 2015


Kesan Kepada Bidang Pendidikan


Kemajuan teknologi banyak mempengaruhi budaya dalam bidang pendidikan di Malaysia dan ia memberikan impak yang positif  kepada rakyat Malaysia terutamanya bagi orang melayu yang kebanyakanya bergantung kepada sekolah kerajaan semata-mata. Oleh itu, kita perlu mengimbau kembali peredaran masa di mana pada waktu kini tidak kira pelajar dari sekolah biasa atau kelaster sekali pun dapat merasai perkembangan teknologi yang begitu pesat di nagara kita.

Terdapat pelbagai contoh yang dapat kita lihat kesan dari pengaruh perkembangan teknologi ini dalam bidang pendidikan antaranya adalah seperti projek sekolah bestari yang telah diperkenalkan pada tahun 1997. Pendekatan yang telah diberikan kepada pelajar lebih kepada teknologi maklumat dengan menyediakan fasiliti seperti makmal komputer, komputer riba individu dan juga pengajaran subjek matematik dan sains dalam bahasa inggeris. Selain itu, cara pembelajaran para pelajar sekolah bestari juga adalah berbeza kerana pendekatan yang digunakan seperti penekanan individu, berpasangan, kumpulan dan fasilitator. Oleh itu, fokus kerajaan dalam menghasilkan para tenaga kerja dalam bidang teknologi maklumat dapat dicapai.

Pertemuan Kedua Penghantar Komunikasi Media

Pada pertemuan kedua kelas penghantar komunikasi media yang dibimbing oleh Puan Latifah kami telah di beri amanat untuk menghasilkan satu slide ilmu yang bertajuk Era Perkembangan Teknologi Maklumat Di Malaysia.

Sebagai pendahuluan era perkembangan teknologi maklumat di Malaysia telah banyak mempengaruhi perubahan sektor-sektor penting di dalam negara seperti bidang pendidikan, kesihatan, perniagaan dan R&D. Oleh itu, dalam tajuk ini akan diterangkan serba sedikit mengenai perkembangan teknologi maklumat dalam sektor-sektor terbabit.

Di dalam pertemuan kedua ini terdapat empat kumpulan yang telah terlibat dalam penghasilan buah fikiran masing-masing. Terdapat pelbagai ilmu baru dan juga idea yang tidak dapat difikirkan oleh kumpulan kami terdapat pada kumpulan lain. Dalam sesi ini pelajar masing-masing dapat berkongsi ilmu dan buah fikiran serta mengenal antara satu sama lain.