Kesan Kepada Bidang Pendidikan
Kemajuan teknologi banyak mempengaruhi budaya dalam bidang pendidikan di Malaysia dan ia memberikan impak yang positif kepada rakyat Malaysia terutamanya bagi orang melayu yang kebanyakanya bergantung kepada sekolah kerajaan semata-mata. Oleh itu, kita perlu mengimbau kembali peredaran masa di mana pada waktu kini tidak kira pelajar dari sekolah biasa atau kelaster sekali pun dapat merasai perkembangan teknologi yang begitu pesat di nagara kita.
Terdapat pelbagai contoh yang dapat kita lihat kesan dari pengaruh perkembangan teknologi ini dalam bidang pendidikan antaranya adalah seperti projek sekolah bestari yang telah diperkenalkan pada tahun 1997. Pendekatan yang telah diberikan kepada pelajar lebih kepada teknologi maklumat dengan menyediakan fasiliti seperti makmal komputer, komputer riba individu dan juga pengajaran subjek matematik dan sains dalam bahasa inggeris. Selain itu, cara pembelajaran para pelajar sekolah bestari juga adalah berbeza kerana pendekatan yang digunakan seperti penekanan individu, berpasangan, kumpulan dan fasilitator. Oleh itu, fokus kerajaan dalam menghasilkan para tenaga kerja dalam bidang teknologi maklumat dapat dicapai.

No comments:
Post a Comment