Saturday, 20 August 2016



Pertahankan Keharmonian Negara

Isu keharmonian negara kini seringkali menjadi bualan hangat masyarakat umum menerusi pelbagai aplikasi media sosial yang ada pada hari ini. melihat kembali dari isu fitnah, hasutan, keselamatan dan juga fahaman ideologi yang kian hari menjadi nanah membunuh institusi masyarakat malaysia pada hari ini.

Baru-baru ini isu kewujudan satu gerakan yang kononnya membawa nama islam di dalam perjuangan mereka iaitu DAESH. Permulaanya bermula dengan pemgeboman di Movida Club PJ yang menimbulkan keraguan dan kebimbangan pelbagai pihak terutama masyarakat Malaysia. Apa yang sebenarnya cuba dibawa oleh mereka ini? dan apa matlamat sebenar mereka ? dan bagaimana pihak berkuasa tempatan mengekang masalah tersebut. 

Melalui penangkapan dan juga penyiasatan terdapat individu-individu tertentu telah ditangkap dan mereka merepukan warganegara Malaysia sendiri yang berupaya menyimpan senjata dan bom tangan. Menurut Dr. Chandra Mustapa mereka ini merupakan individu yang direkrut melalui media sosial dan membawa fahaman atau ideologi berkaitan dengan akidah umat islam.

Oleh itu, terdapat pihak tertentu mensuarakan agar Akta Keselamatan Dalam Negeri di wujudkan kembali yang mana merupakan akta pemerintahan Autokratik pada sebelum dan awal kemerdekaan Malaysia. Akta ini dikatakan bersifat autokratik kerana seringkali digunakan untuk menahan pemimpin-pemimpin parti politik terutamanya di zaman pemerintahan Tun Dr. Mahathir Mohamed. Akta ini juga telah dimansuhkan pada September 2011 oleh perdana menteri Malaysia sekarang iaitu Dato Seri Najib. 

Sebagai rakyat Malaysia yang berilmu, moden dan penuh dengan peradaban kita perlu konsisten dalam pemilihan undang-undang yang ada pada hari ini. Sehubungan itu, sebagai rakyat malaysia yang menyokong demokraksi kita perlu ada juga rasa tanggunjawab untuk menyokong undang-undang yang boleh melindungi kita. Akta ISA mungkin merupakan akta yang kejam melalui penahanan tanpa bicara tetapi ia dapat menghalang dari wujudnya ideologi-ideologi yang negatif dari terus menular dalam masyarakat kita.

Selain itu, penelitian dari sudut pembangunan akidah diri sendiri juga perlu diambil kira. kita perlu memahami konsep dunia tanpa batasan iaitu internet yang menghubungkan kita dengan masyarakat luar. Ia juga merupakan medium pembelajaran yang efektif dan kreatif. Adalah penting seseorang individu itu untuk tidak menelan bulat-bulat setiap paparan atau wacana ilmu yang terdapat di internet. ini kerana, internet itu sendiri membawa fahaman dan ilmu yang pelbagai menerusi teknologi baru, aplikasi, blog, FB, dan sebagainya.

Tuntasnya, "mencegah itu lebih baik dari mengubati" berikut merupakan perpatah melayu yang baik untuk kita semua teladani. oleh itu, langkah-langkah awal perlu kita siap siagakan bagi menghadapi serang ideologi dan fahaman ini. selain itu, sokongan terhadap undang-undang dan pihak berkuasa turut perlu ada agar ianya terlaksana dengan baik.