Saturday, 20 August 2016



Pertahankan Keharmonian Negara

Isu keharmonian negara kini seringkali menjadi bualan hangat masyarakat umum menerusi pelbagai aplikasi media sosial yang ada pada hari ini. melihat kembali dari isu fitnah, hasutan, keselamatan dan juga fahaman ideologi yang kian hari menjadi nanah membunuh institusi masyarakat malaysia pada hari ini.

Baru-baru ini isu kewujudan satu gerakan yang kononnya membawa nama islam di dalam perjuangan mereka iaitu DAESH. Permulaanya bermula dengan pemgeboman di Movida Club PJ yang menimbulkan keraguan dan kebimbangan pelbagai pihak terutama masyarakat Malaysia. Apa yang sebenarnya cuba dibawa oleh mereka ini? dan apa matlamat sebenar mereka ? dan bagaimana pihak berkuasa tempatan mengekang masalah tersebut. 

Melalui penangkapan dan juga penyiasatan terdapat individu-individu tertentu telah ditangkap dan mereka merepukan warganegara Malaysia sendiri yang berupaya menyimpan senjata dan bom tangan. Menurut Dr. Chandra Mustapa mereka ini merupakan individu yang direkrut melalui media sosial dan membawa fahaman atau ideologi berkaitan dengan akidah umat islam.

Oleh itu, terdapat pihak tertentu mensuarakan agar Akta Keselamatan Dalam Negeri di wujudkan kembali yang mana merupakan akta pemerintahan Autokratik pada sebelum dan awal kemerdekaan Malaysia. Akta ini dikatakan bersifat autokratik kerana seringkali digunakan untuk menahan pemimpin-pemimpin parti politik terutamanya di zaman pemerintahan Tun Dr. Mahathir Mohamed. Akta ini juga telah dimansuhkan pada September 2011 oleh perdana menteri Malaysia sekarang iaitu Dato Seri Najib. 

Sebagai rakyat Malaysia yang berilmu, moden dan penuh dengan peradaban kita perlu konsisten dalam pemilihan undang-undang yang ada pada hari ini. Sehubungan itu, sebagai rakyat malaysia yang menyokong demokraksi kita perlu ada juga rasa tanggunjawab untuk menyokong undang-undang yang boleh melindungi kita. Akta ISA mungkin merupakan akta yang kejam melalui penahanan tanpa bicara tetapi ia dapat menghalang dari wujudnya ideologi-ideologi yang negatif dari terus menular dalam masyarakat kita.

Selain itu, penelitian dari sudut pembangunan akidah diri sendiri juga perlu diambil kira. kita perlu memahami konsep dunia tanpa batasan iaitu internet yang menghubungkan kita dengan masyarakat luar. Ia juga merupakan medium pembelajaran yang efektif dan kreatif. Adalah penting seseorang individu itu untuk tidak menelan bulat-bulat setiap paparan atau wacana ilmu yang terdapat di internet. ini kerana, internet itu sendiri membawa fahaman dan ilmu yang pelbagai menerusi teknologi baru, aplikasi, blog, FB, dan sebagainya.

Tuntasnya, "mencegah itu lebih baik dari mengubati" berikut merupakan perpatah melayu yang baik untuk kita semua teladani. oleh itu, langkah-langkah awal perlu kita siap siagakan bagi menghadapi serang ideologi dan fahaman ini. selain itu, sokongan terhadap undang-undang dan pihak berkuasa turut perlu ada agar ianya terlaksana dengan baik. 

Friday, 6 November 2015


Debat 1MDB (Circle)

Perdebatan antara Presiden 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda dengan Tony Pua atau Rafizi Ramli tidak semestinya membantu menjernihkan keadaan, malah berkemungkinan ia akan dipolitikkan. Ini kerana menurut Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, kedua-dua Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara dan Ahli Parlimen Pandan itu dikenali amat cekap mempolitikkan sebarang isu.

Datuk Seri berkata dia tidak pasti kalau pendekatan debat ini boleh membantu lebih-lebih lagi kalau ia menjadi politik ini kerana mulanya Tony Pua kemudiannya Rafizi dan kita tahu kedua-dua ahli politik ini memang cekap dalam mempolitikkan isu katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Badan Perhubungan UMNO Kedah semalam.

Pembabitan Tony yang juga Pengerusi DAP Selangor dan Rafizi, Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam perdebatan itu katanya, tidak menjamin isu 1MDB itu tidak dipolitikkan dan menurut Mukhriz, apa yang diperlukan ketika ini adalah pendekatan untuk menjelaskan isu berkenaan integriti 1MDB tanpa ‘kotori’ dengan isu-isu politik. Selain itu, dia juga tidak yakin sama ada Tony Pua atau Rafizi Ramli, yang akan menjadikan debat itu berunsur politik.


Jika berkaitan dengan isu debat, pernah berlaku penolakan tawaran kerjasama diantara UMNO Kedah dan juga PAS Kedah di mana pihak UMNO sangat ikhlas untuk menjalinkan kerjasama dalam bidang tertentu bersama dengan parti pembangkang tersebut. Selain itu, mereka juga pernah beberapa kali sebelum ini cuba menghulurkan tangan persahabatan tetapi tidak disambut baik oleh pihak PAS. PAS Kedah, Dr. Ahmad Fakhruddin Syeikh Fakhurazi dalam kenyataan berkata parti itu bertegas dan konsisten untuk tidak menjalin sebarang hubungan atau kerjasama politik dengan UMNO. 


Rusuhan Pelajar di London (Hour Glass)


Polis London membuat beberapa tangkapan semalam selepas protes yang disertai beribu-ribu pelajar universiti bertukar ganas apabila sekumpulan penunjuk perasaan cuba memasuki sebuah bangunan kerajaan. Sekumpulan kecil penunjuk perasaan melempar cat di luar Pejabat Dalam Negeri, manakala sebuah kumpulan lain cuba menceroboh bangunan Jabatan Inovasi Perniagaan Dan Kemahiran (BIS) di tengah London tetapi berjaya dihalang oleh polis.Kekecohan timbul apabila mereka melontar bom asap dan telur ke arah anggota-anggota polis di luar BIS. Pihak polis bertindak balas dengan membuat beberapa tangkapan bagi meredakan lagi keadaan.
Isu-isu itu dibangkitkan oleh parti pembangkang, Parti Buruh. Jurucakap kewangan parti itu, John McDonnel menuduh kerajaan telah mengkhianati para pelajar.Pendidikan ialah anugerah dari generasi ke generasi. Ia bukan komoditi yang boleh dijual beli, katanya.Mengulas tuntutan kumpulan pelajar tersebut, Menteri Kewangan, George Osborne berkata, kerajaan kini berusaha untuk mengurangkan beban hutang negara dan tidak mampu memenuhi permintaan mereka.
Selain itu, kumpulan pelajar berkenaan menunjuk perasaan kerana menuntut yuran pengajian dibatalkan di samping membantah rancangan kerajaan untuk menamatkan biasiswa untuk digantikan dengan pinjaman pendidikan. Hal ini membangkitkan lagi kemarahan para pelajar yang semestinya masih lagi menuntut di Universiti.





Pengedaran Syabu (Inverted Pyramid) 


Satu sindiket pengedaran dadah jenis syabu yang didalangi warga Nigeria tumpas selepas  pihak polis menahan empat ahli kumpulan tersebut termasuk seorang lelaki warga tempatan dalam tiga serbuan berasingan di sekitar Puchong, Selangor.
Serbuan sepasukan polis dari Unit Khas Taktikal dan Perisikan Narkotik (STING) dengan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman pada pukul 3.30 petang itu telah berjaya merampas syabu seberat 47 kilogram (kg) bernilai RM6 juta yang disembunyikan dalam 159 beg tangan wanita.
Pengarah JSJN Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, kegiatan sindiket itu terbongkar selepas polis menahan dua lelaki warga Nigeria serta merampas 3kg syabu di tempat letak kenderaan di sebuah pasar raya di Bukit Puchong.

Secara tidak langsung kegiatan pengedaran dadah ini menjadi antara rampasan yang terbesar oleh pihak polis yang melibatkan pihak warga negara luar. Oleh itu, selain dari pihak polis pihak lain yang bertanggunjawab juga patut mengambil tindakan yang sewajarnya bagi membendung gejala pengedaran dadah ini.

Monday, 28 September 2015


Dragon Ball news series on Anime44

Judul anime terbaru Dragon Ball Super yang telah pun dilepaskan hingga ke episode 12 bermula 19 september 2015. sambungan series dragon ball ini adalah pertukaran haluan cerita asal DB kepada DB GT. DB super ini adalah pencarian kuasa besar baru di mana lebih berkuasa daripada jangkauan manusia atau pun saiyan. 

Pencarian Dewa pemusnah untuk mencari lawan yang setanding dengannya iaitu Super Saiyan God. Oleh itu, Goku dan rakan-rakan yang menjadi sasaran kepada Dewa pemusnah. Nantikan dan saksikan episode anime terbaru ini di laman sesawang anime44.com

Sunday, 21 June 2015



Untuk tatapan rakan-rakan pembaca saya telah upload satu video with lyric by Ed Shereen iaitu lagu Thinking loud. lagu untuk video ini juga telah saya jadikan lagu tema bagi blog ini dan kepada rakan-rakan peminat anime movie pula akan saya upload movie anime di lain hari.

Dalam minggu ini juga akan saya cube untuk update sesi komunikasi di dalam blog dan harap kite same-same dapat input yang baik dalam post saya yang akan datang mengenai teknologi komunikasi di dalam sebuah filem berkaitan dengan new media.
terima kasih for read & wacthing.......

Wednesday, 3 June 2015


Kesan Kepada Perniagaan

Rakaman video di atas merupakan salah satu kesan kemajuan teknologi dan juga penerangan bagaimana ia diguna pakai di dalam perniagaan.

kemajuaan teknologi membawa impak yang positif kepada bidang perniagaan dan ianya sangat penting kepada semua peringkat perniagaan terutamanya industri berat. kemajuaan teknologi dapat membantu sesebuah perniagaan dari segi peningkatan mutu kerja supaya menjadi lebih efisen dan produktivi ianya kerana dengan peningkatan mutu ini hasil pengeluaran stok menjadi lebih banyak, konsiten dan mempunyai kualiti yang mengikut piawaianya.

Selain itu, teknologi juga dapat memberikan penambahbaikan kepada produk yang dihasilkan sebagai contohnya industri penghasilan kereta yang menggunakan teknologi yang tinggi di mana penghasilanya memerlukan pengawasan komputer dan perincian yang begitu jitu dan tepat. Disebabkan itulah penghasilan kereta yang berkualiti dapat menarik pengguna untuk membeli walaupun dengan harga yang tinggi.

Bagi industri kecil dan sederhana mereka perlulah bijak dalam menetukan harga dan pelaburan mereka kerana teknologi yang digunakan merupakan teknologi fizikal semasa dan memerlukan kos yang tinggi bagi menaik taraf atau membeli kemudah teknologi yang lebih maju.