Friday, 6 November 2015


Debat 1MDB (Circle)

Perdebatan antara Presiden 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda dengan Tony Pua atau Rafizi Ramli tidak semestinya membantu menjernihkan keadaan, malah berkemungkinan ia akan dipolitikkan. Ini kerana menurut Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, kedua-dua Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara dan Ahli Parlimen Pandan itu dikenali amat cekap mempolitikkan sebarang isu.

Datuk Seri berkata dia tidak pasti kalau pendekatan debat ini boleh membantu lebih-lebih lagi kalau ia menjadi politik ini kerana mulanya Tony Pua kemudiannya Rafizi dan kita tahu kedua-dua ahli politik ini memang cekap dalam mempolitikkan isu katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Badan Perhubungan UMNO Kedah semalam.

Pembabitan Tony yang juga Pengerusi DAP Selangor dan Rafizi, Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam perdebatan itu katanya, tidak menjamin isu 1MDB itu tidak dipolitikkan dan menurut Mukhriz, apa yang diperlukan ketika ini adalah pendekatan untuk menjelaskan isu berkenaan integriti 1MDB tanpa ‘kotori’ dengan isu-isu politik. Selain itu, dia juga tidak yakin sama ada Tony Pua atau Rafizi Ramli, yang akan menjadikan debat itu berunsur politik.


Jika berkaitan dengan isu debat, pernah berlaku penolakan tawaran kerjasama diantara UMNO Kedah dan juga PAS Kedah di mana pihak UMNO sangat ikhlas untuk menjalinkan kerjasama dalam bidang tertentu bersama dengan parti pembangkang tersebut. Selain itu, mereka juga pernah beberapa kali sebelum ini cuba menghulurkan tangan persahabatan tetapi tidak disambut baik oleh pihak PAS. PAS Kedah, Dr. Ahmad Fakhruddin Syeikh Fakhurazi dalam kenyataan berkata parti itu bertegas dan konsisten untuk tidak menjalin sebarang hubungan atau kerjasama politik dengan UMNO. 


Rusuhan Pelajar di London (Hour Glass)


Polis London membuat beberapa tangkapan semalam selepas protes yang disertai beribu-ribu pelajar universiti bertukar ganas apabila sekumpulan penunjuk perasaan cuba memasuki sebuah bangunan kerajaan. Sekumpulan kecil penunjuk perasaan melempar cat di luar Pejabat Dalam Negeri, manakala sebuah kumpulan lain cuba menceroboh bangunan Jabatan Inovasi Perniagaan Dan Kemahiran (BIS) di tengah London tetapi berjaya dihalang oleh polis.Kekecohan timbul apabila mereka melontar bom asap dan telur ke arah anggota-anggota polis di luar BIS. Pihak polis bertindak balas dengan membuat beberapa tangkapan bagi meredakan lagi keadaan.
Isu-isu itu dibangkitkan oleh parti pembangkang, Parti Buruh. Jurucakap kewangan parti itu, John McDonnel menuduh kerajaan telah mengkhianati para pelajar.Pendidikan ialah anugerah dari generasi ke generasi. Ia bukan komoditi yang boleh dijual beli, katanya.Mengulas tuntutan kumpulan pelajar tersebut, Menteri Kewangan, George Osborne berkata, kerajaan kini berusaha untuk mengurangkan beban hutang negara dan tidak mampu memenuhi permintaan mereka.
Selain itu, kumpulan pelajar berkenaan menunjuk perasaan kerana menuntut yuran pengajian dibatalkan di samping membantah rancangan kerajaan untuk menamatkan biasiswa untuk digantikan dengan pinjaman pendidikan. Hal ini membangkitkan lagi kemarahan para pelajar yang semestinya masih lagi menuntut di Universiti.





Pengedaran Syabu (Inverted Pyramid) 


Satu sindiket pengedaran dadah jenis syabu yang didalangi warga Nigeria tumpas selepas  pihak polis menahan empat ahli kumpulan tersebut termasuk seorang lelaki warga tempatan dalam tiga serbuan berasingan di sekitar Puchong, Selangor.
Serbuan sepasukan polis dari Unit Khas Taktikal dan Perisikan Narkotik (STING) dengan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman pada pukul 3.30 petang itu telah berjaya merampas syabu seberat 47 kilogram (kg) bernilai RM6 juta yang disembunyikan dalam 159 beg tangan wanita.
Pengarah JSJN Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, kegiatan sindiket itu terbongkar selepas polis menahan dua lelaki warga Nigeria serta merampas 3kg syabu di tempat letak kenderaan di sebuah pasar raya di Bukit Puchong.

Secara tidak langsung kegiatan pengedaran dadah ini menjadi antara rampasan yang terbesar oleh pihak polis yang melibatkan pihak warga negara luar. Oleh itu, selain dari pihak polis pihak lain yang bertanggunjawab juga patut mengambil tindakan yang sewajarnya bagi membendung gejala pengedaran dadah ini.