Rusuhan Pelajar di London (Hour Glass)
Polis London membuat
beberapa tangkapan semalam selepas protes yang disertai beribu-ribu pelajar
universiti bertukar ganas apabila sekumpulan penunjuk perasaan cuba memasuki
sebuah bangunan kerajaan. Sekumpulan kecil penunjuk perasaan melempar cat di
luar Pejabat Dalam Negeri, manakala sebuah kumpulan lain cuba menceroboh
bangunan Jabatan Inovasi Perniagaan Dan Kemahiran (BIS) di tengah London tetapi
berjaya dihalang oleh polis.Kekecohan timbul apabila mereka melontar bom asap
dan telur ke arah anggota-anggota polis di luar BIS. Pihak polis bertindak
balas dengan membuat beberapa tangkapan bagi meredakan lagi keadaan.
Isu-isu itu dibangkitkan
oleh parti pembangkang, Parti Buruh. Jurucakap kewangan parti itu, John
McDonnel menuduh kerajaan telah mengkhianati para pelajar.Pendidikan ialah
anugerah dari generasi ke generasi. Ia bukan komoditi yang boleh dijual beli,
katanya.Mengulas tuntutan kumpulan pelajar tersebut, Menteri Kewangan, George
Osborne berkata, kerajaan kini berusaha untuk mengurangkan beban hutang negara
dan tidak mampu memenuhi permintaan mereka.
Selain itu, kumpulan
pelajar berkenaan menunjuk perasaan kerana menuntut yuran pengajian dibatalkan
di samping membantah rancangan kerajaan untuk menamatkan biasiswa untuk
digantikan dengan pinjaman pendidikan. Hal ini membangkitkan lagi kemarahan
para pelajar yang semestinya masih lagi menuntut di Universiti.

No comments:
Post a Comment